Thursday, September 3, 2009

LaNdaSaN Ke SyuRga

Tatkala cinta berbisik
Suaranya memuji TUHAN
Pabila rindu terusik
Rasulnya menjadi pilihan

Begitu indah sekali ungkapan dari novel Cinta Sang Ratu terbitan alaf21 yang ditulis oleh Ramlee Awang Murshid, salah seorang penulis novel yang saya gemari..=]
"...Kasih sayang dan kesabaran menjadi tonggak dalam perjuangan. Walau digugah dengan pelbagai rintangan, pantang sekali menyerah pada kegagalan. Berhati waja dan tetap gagah berdiri atas landasan keimanan..."
Ciri-ciri di atas telah ditanam ke dalam sanubari setiap pejuang-pejuang Islam sama ada yang terdahulu ataupun zaman sekarang... Namun, jika dibandingkan dengan zaman sekarang pejuang-pejuang terdahulu lebih utuh semangat mereka dalam menegakkan kebenaran..

Tuesday, September 1, 2009

Salam UkhwaH

Assalamualaikum WBT..
Salam Ramadhan. Moga sihat dan ceria selalu...

Alhamdulillah. Hari ini adalah hari yang ke-12 kita menyambut bulan puasa. Di kesempatan ini, saya ingin mengisi masa yang terluang dengan blog yang baru saya cipta pada hari bersejarah ini, 2 September 2009, Rabu (12Ramadhan).

Sepanjang bulan Ramadhan ni, saya masih lagi tak berpeluang untuk berpuasa bersama-sama keluarga di kampung. Almaklumlah bagi sesiapa yang berada jauh di perantauan. First time saya berpuasa jauh dari family tahun ni... Rindu sangat... Setiap hari, setiap masa, setiap saat teringat pada mak, ayah dan adik-adik... dan yang paling terasa sekali ialah masakan emak... Saya yakin semua orang ada banyak kenangan terindah bersama orang-orang yang tersayang..

Bagi yang kurang bernasib baik, terutamanya anak-anak yatim piatu... janganlah bersedih dalam menyambut bulan yang mulia ini... Tabahkanlah hati dalam menempuhi segala cabaran dan dugaan. InsyaAllah, Allah akan memakbulkan doa anak-anak yatim.. Bagi kisah saya sendiri, saya begitu kagum dengan ketabahan dan kecekalan hati ayah saya yang juga menjadi anak yatim piatu semenjak kecil lagi... Pelbagai dugaan yang telah beliau tempuhi. Seusia 6 tahun telah pandai berdikari. Oleh itu, saya begitu kagum dengan anak-anak yatim.. Walau bagaimana susah sekali pun, mereka begitu tabah dalam menempuhi onak dan duri...
*************************************************************
IBADAT puasa akan lebih sempurna apabila orang2 mukmin semakin berhati-hati menjaga mulut ketika berkata, menjaga mata dan telinga ketika melihat dan mendengar. Ramai yang bimbang puasa mereka tidak diterima.
Sabda Rasulullah saw bermaksud: “Ramai yang berpuasa tetapi tidak memperoleh apa-apa selain lapar dan dahaga.”

Daripada Anas meriwayatkan bahawa Rasulullah ada bersabda yang bermaksud: “Lima perkara menghapus pahala puasa ialah berdusta, mengumpat, mengadu, membuat sumpah palsu dan melihat wanita bukan muhrim dengan nafsu syahwat."
Daripada Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud: “Puasa ialah benteng dan janganlah berkata perkara keji dan jangan bertekak seperti orang bodoh.“Jika seseorang menentang dan memakimu maka hendaklah kamu berkata:”Sesungguhnya aku sedang berpuasa (ucap dua kali).”
Puasa adalah perisai yang menghalang atau memelihara kita daripada melakukan perbuatan maksiat dan mungkar.

Oleh itu, kita perlu memelihara seluruh anggota sama ada lahir dan batin. Mulut dipelihara daripada menyebut perkara haram (seperti mengumpat, memfitnah dan mengata), manakala telinga dipelihara daripada mendengar perkataan yang dilarang. Setiap yang haram diucapkan, haram pula didengar.
Firman Allah dalam surah Al-Maidah ayat 42 bermaksud: “Mereka yang suka mendengar perkara dusta adalah mereka yang makan makanan yang haram.”
Sebagai bulan berkat, adalah lebih baik bagi orang yang berpuasa mengerjakan amalan baik sebanyak mungkin, seperti bersedekah dan membaca ayat suci al-Quran serta sembahyang sunat pada malam Ramadan.
Wallahu'alam..